Ahad, Februari 08, 2009

BN sudah hampiri ajal


Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku di Perak adalah satu petunjuk kepada semakin hampirnya ajal Barisan Nasional(BN). BN telah menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu boleh melakukan apa saja Istana dan SPR asalkan hasrat mereka tercapai.

Apa yang terjadi di Perak akan mengingatkan kita kepada sejarah kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis. Punca utama kepada kemusnahan itu adalah disebabkan sikap pembesar-pembesar Melayu Melaka yang tamak, dengki dan terlalu taksub kepada kuasa sesama sendiri sehingga sangguh mengadaikan maruah, harga diri, agama, bangsa dan negara. Ini diikuti oleh pihak istana yang tertutup pandangan mereka kepada keadaan yang sebenar akibat dari perbuatan pembesar-pembesar yang memberikan laporan palsu. Akhirnya negara tergadai dan dijajah oleh pihak lain.

Apakah sejarah itu akan berulang kembali? Ia pasti berulang seandainya kita sebagai rakyat mengambil sikap acuh tak acuh sahaja. Bukan bermaksud untuk menyuruh kita berdemotrasi di jalanan tetapi PASTIKAN pada mana-mana pilihanraya yang bakal mendatang BN disingkirkan dengan cara terhormat.

Kita tak perlu untuk merampas kuasa seperti BN yang kemaruk untuk berkuasa tetapi tingkatkan iman dan amalan supaya rakyat tetap yakin dan percaya kepada PAKATAN RAKYAT. Rapatkan pakatan dan perbaiki sebarang kesilapan yang telah berlaku. Selebihnya kita bertakawal kepada ALLAH yang satu.

Kepada kerajaan HARAM BN di Perak, seandainya kalian semua berani dan yakin bahawa rakyat menyokong anda, adakan sidang DUN dengan segera dan usulkan kepada Dewan agar DUN Perak dibubarkan. Seandainya anda menang maka anda berhak untuk menjadi satu kerajaan yang SAH. Seandainya anda semua enggan berbuat demikian maka Perak akan ditadbir oleh kerajaan HARAM sehinggalah rakyat yang berhak menentukan.

Ahad, November 16, 2008

Siapakah reformis Ramlan Abu Bakar?


Tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian berkaitan dengan ancaman mogok bogel dari Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dipengerusi oleh Ramlan Abu Bakar.

Alasan yang diberikan adalah kerana sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat.Reformis juga bersedia untuk berdebat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat demi membela golongan miskin di Selangor yang terus ditindas.

Persoalan yang bermain dibenak fikiran kita sekarang ini ialah siapakah sebenarnya Ramlan Abu Bakar? Adakah dia ini benar-benar reformis yang betul-betul berjiwa rakyat dan amat prihatin dengan masalah rakyat? Adakah rakyat miskin amat bersetuju dengan cadangan dia ini untuk melancarkan kempen mogok bogel? Apakah hanya ini sahaja caranya atau kaedah yang ada untuk kita mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalah yang timbul?

Secara peribadi cadangan untuk mengadakan kempen mogok bogel adalah satu cadangan yang paling keji, jijik dan teramat-amat bodoh. Tindakan ini akan menjatuhkan maruah peribadi kita sebagai seorang muslim. Lupakah kita pada balasan Allah? Kita berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam setiap perjuangan kita mesti letakkan nama Allah di atas kerana keberkatan sesuatu perjuangan itu datangnya dari Allah. Apabila kita berjuang menuntut keadilan dengan mogok bogel, ianya amat menyimpang dari suruhan Allah. Adakah Allah akan memberi keadilan yang dituntut itu kepada kita?

Para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat diharap tidak terperangkap dengan isu mogok ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari identiti sebenar Ramlan Abu Bakar ini. Bongkarkan latar belakangnya agar semua penyokong dan pendokong tahu siapakah dia Ramlan Abu Bakar. Apa yang dibimbangkan adalah mungkin ianya satu permainan yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat demi untuk menjatuhkan maruah kerajaan Pakatan Rakyat dimata rakyat.