Selasa, Disember 14, 2010

Fadzil Noor Dalam Kenangan

Fadzil Noor Dalam Kenangan:Pilu Mengingatimu

Posted on Monday, December 13 @ 04:18:18 PST by paktam
Artikel

Esoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datang ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas robongan.

Antara yang paling awal bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebvut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : BETA DAN SULTANAH MENDOAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH,”.Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu. Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda- tanda positif ,tetapi terlalu perlahan.


Semakin hari dan setiap masa tanpa mengira masa waktu lawatan , semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.

Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolihi daripada HUKM.

Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .

Rakyat terus datang tanpa henti. Apalah yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan menunaikan solat hajat agar Ustaz segera sembuh. Itulah permintaan pemimpin – pemimpin PAS, supaya semua markaz PAS mengadakan majil seumpama itu.

Menjelang 7 petang, 22hb Jun 2002, saya menerima mesej daripada Dr Hatta supaya ke HUKM segera, umtuk menyambut Ustaz hadi. Setiba di HUKM, Ustaz hadi dilaporkan baru keluar untuk menunaikan solat dan dijangka akan kembali kemudia. Para doctor memanggil anak – anak Ustaz untuk diberi taklimat. Ustaz Nasaruddin mat Isa(Setiausaha Agung) sudah tiba di sana dan menghubungi semua AJK Harian PAS untuk berhimpun.

Ustaz dalam keadaan sangat kritikal.

Kami berhimpun . Ustaz hadi tiba dan membaca ayat Quran dan doa di sisi ustaz. Yang luar diminta menunaikan solat bhajat dan membaca surah Yassin.
Semakin ramai yang datang , kebimbangan berteusan sehingga 1.30 pagi, apabila di laporkan keadaan Ustaz ada sedikit perubahan,tetapi masih stabil.
Kami beransur pulang menjelang jam 3 pagi. Namun kebimbangan dijangkakan berterusan jua. Mnejlang subuh ,saya menerima panggilan telefon mengatakan keadaan Ustaz kembali kritikal. Malah sangat kritikal.

Tiada kata boleh digambarkan apabila pemimpin dan penyokong PAS yang berada di HUKM pagi itu mula berlinang air mata. Sedih dan sayu tidak tergambar.

10.30 pagi, pemimpin PAS yang berada di sisi katil Ustaz keluar dari wad ICU berkata dengan penuh kesedihan; “Kita Kehilangannya,”.

Kesedihan menyelebungi seluruh keluarga , ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong perjuangan Ustaz Fadzil . Berita pemergian Ustaz ke rahmatullah begitu cepat etrsebar, dan dilaporkan media sejurus selepas itu. Berduyun – duyun manusia berhimpun di perkarangan HUKM.

(Petikan di atas diambil daripada buku 'FADZIL NOOR DALAM KENANGAN:PILU MENGINGATIMU )

Sinopsis

Buku ini merakamkan detik detik terakhir Al-marhum Dato Fadzil Noor. Al - marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor merupakan seorang tokoh dan pemimpin yang hebat. Perjalanan terakhir beliau ke alam Baqa disambut dengan kesedihan jutaan manusia di seluruh negara , malah turut dirasai kesedihannya adalah pemimpin - pemimpin gerakan Islam sedunia yang menyampaikan ucapan takziah melalui Ustaz Hadi.

Pengaruh beliau amat besar . Pengorbanannya kepada perjuangan Islam amat bermakna. Beliau meninggalkan sebuah warisan perjuangan yang penuh dengan susur galur dan sukar ditempuhi.

Seperti kata Ustaz Hadi pada malam tersebut, sebelum al-marhum dikebumikan, 'Almarhum Ustaz Fadzil telah membuktikan kepada kita bahawa beliau telah mengakhiri hayatnya dalam perjuangan Islam. Nasib kita belum tentu lagi,"

Kepada keluarga al- marhum Ustaz , terutama Kak Jah, Huda dan suami , Ammar dan isteri, Muna dan Sabkhi, Faiz dan isteri,Salwa, Fawwas dan Anas, walaupun perginya Ustaz tanpa meninggalkan harta yang banyak , namun warisan ilmu, amal dan perjuangan al-marhum merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan akan dikenangan ke akhir hayat:Al-Fatihah

(Buku ini disusun oleh Zabidi Bin Morad dan diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu,Kedah. Harga Senaskah RM5.00 )Untuk tempahan buku tersebut sila layari http://pelbagai-iklan.blogspot.com

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=11036&mode=&order=0&thold=0

Isnin, Oktober 04, 2010

Perkasa yang lesu minda.

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Perkasa menyamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali seolah-olah ‘berperang’ dengan Perlembagaan Persekutuan jika calon timbalan presiden parti itu mengisytiharkan “berperang dengan Perkasa.”

Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun berkata, “kita tidak berminat untuk berperang dengan PKR, sebaliknya kami hanya mahu mempertahankan Perlembagaan negara.”


Rasa nak tergelak bila ada orang yang buat kenyataan macam yang di atas tu. Persoalan yang timbul dibenak adalah - Apakah Perkasa setaraf dengan "Perlembagaan Persekutuan"? ataupun hanya mereka sahaja yang benar-benar "mempertahankan Perlembagaan negara"?

Bagi saya seluruh rakyat Malaysia berhak "mempertahankan Perlembagaan negara" dan Perlembagaan Persekutuan adalah untuk seluruh rakyat Malaysia. Apa yang nak digaduhkan. Selama ini pun semua parti politik menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Perkasa tak usahlah perasan yang mereka sahaja mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ramai orang kata Perkasa ini syok sendiri saja. Fikir-fikirkan lah.

Khamis, September 30, 2010

Umno jahanamkan Melayu Islam

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa pemimpin Umno yang menjahanamkan Melayu Islam di negara ini terutama di zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini katanya, sekaligus menafikan kuasa politik Melayu hanya akan hilang di negara ini jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.Menurutnya, kebimbangan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya kelak telah memaksa Umno memainkan ‘lagu perkauman’.


“Sebab itulah, Umno hari ini gendang lagunya cuma satu ‘lagu perkauman’. Yang terbaru, penyanyinya ialah Dr Mahathir.

“Kata Dr Mahathir dalam pilihan raya (PRU) akan datang jika Umno kalah Melayu ‘hilang’. Jika Pakatan Rakyat menang Cina dan Indialah yang memerintah negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Ceramah Perdana Sempena Hari Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Marang, di Dataran Madrasah Darul Iman, Titian Baru Kedai Buloh, Bukit Payung, 25 September lalu.

Mengulas peringatan Tun Dr Mahathir ketika berucap pada Perhimpunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di Kelantan bahawa Melayu tergugat jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya bertujuan menakut-nakutkan orang Melayu.

Katanya, tujuan pemimpin Umno tersebut memainkan ‘lagu perkauman’ bertujuan menakut-nakutkan orang Melayu di kampung serta pendalaman.

Saifuddin turut menyifatkan undi serta sokongan orang-orang Melayu di kampung-kampung serta kawasan pendalaman merupakan ‘bank deposit’ Umno-BN.

“Kita (Pakatan Rakyat) mengatakan bahawa yang menjahanamkan Melayu dan Islam adalah Umno sendiri. Yang jahanamkan Melayu bukan Cina namanya Kit Siang, yang jahanamkan Islam agama kita bukan Cina namanya Guan Eng atau Karpal Singh atau Tian Chua atau Sivarasa.

“Dalil kita (Pakatan Rakyat) Umno tidak jaga agama pertama, Najib (Perdana Menteri) hendak lulus pula lesen judi Kasino di Sabah.

“Baru-baru ini kita (Pakatan Rakyat) lawan dah dia (Umno-BN) bagi kepada Vincent Tan judi bola yang diluluskan pada zaman Tun Dr Mahathir, sekarang Najib lulus pulak lesen kasino di Sabah,” jelasnya.

Menurutnya, judi Kasino merupakan sebahagian dari projek pelancongan di Karambunai yang membabitkan pembinaan pusat rekreasi air seluas 500 ekar.

Katanya, yang meluluskan lessen perjudian tersebut bukan pemimpin DAP yang bernama Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua tetapi adalah pemimpin Umno.

Selain itu, kata Setiausaha Agung PKR kerajaan Umno-BN juga terlibat secara langsung sejak di zaman Tun Dr Mahathir menyekat bantuan serta peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Menurutnya, Dr Mahathir ketika itu terpengaruh dengan pidato Presiden Amerika, George Bush yang menuduh sekolah agama di Pakistan sebagai tempat melahirkan pengganas.

Justeru itu, katanya Mahathir bertindak mengarahkan kerajaan menarik balik peruntukan kepada SAR.

"Yang tarik bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quran, kenal adab, kenal akhlak adalah pemimpin Umno mengikut sejarah politik kita," ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Posted on Wednesday, September 29 @ 17:00:00 PDT by paktam
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=9875&mode=&order=0&thold=0

Ahad, Julai 25, 2010

PAS lebih memahami faktor keutamaan


Nyanyian perpaduan bergema lagi. Kali ini dikuatkan dengan penyataan dari orang berilmu pula. Kalau dilihat ianya memang amat memerlukan perpaduan demi untuk agama dan bangsa. Tetapi bila dilihat dari satu sudut lain ianya seolah-olah untuk menyelamatkan suatu pihak yang dilihat sudah tidak berupaya menarik sokongan rakyat.

"Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita". Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh orang berilmu itu.

PAS selama ini selalu mendahulukan agama. Sebarang perkara yang hendak diputuskan selalunya melihat pada pandangan agama terlebih dahulu. Dalam Pakatan Rakyat pun PAS sentiasa memantau perkara-perkara berkaitan agama yang sensitif agar tidak dilanggari oleh rakan-rakan, PKR dan DAP. PAS adalah sebuah parti yang berteraskan kepada ilmu. Setiap pemimpin PAS akan memberi hujah berdasarkan ilmu. PAS juga selalu menekankan ahlinya mendalami ilmu Islam sebaik-baiknya.

Islam tiada di dalam UMNO. Islam cuma pakaian UMNO untuk majlis-majlis tertentu sahaja seperti perkahwinan, maulidur rasul, maal hijrah dan sebagainya. UMNO adalah sebuah parti yang berteraskan kepada hiburan. Setiap apa yang dilakukan oleh UMNO mesti disulamkan kepada hiburan. UMNO selama ini kurang membudayakan Islam dalam kegiatan parti secara serius. Ramai pemimpin UMNO yang jauh dari agama.

Persoalannya, mampukah UMNO memahami faktor keutamaan iaitu agama dahulu seperti yang disarankan oleh orang berilmu itu tadi dalam isu perpaduan ini? Kalau betul inginkan perpaduan UMNO harus ikut PAS. Bubarkan UMNO dan semua ahli UMNO masuk PAS. Jawatan Perdana Menteri berikan kepada PAS.

Adakah pemimpin-pemimpin UMNO boleh menerimanya? Rasanya kita akan mendengar pelbagai alasan dari mereka.

Menyingkap berkaitan dengan "Sejarah Hidup Muhammad" (http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/Keji1.html):

"Tidak! Belum tiba saatnya bagi Quraisy akan tunduk dan menyerah. Mereka sekarang sedang dalam puncak kekuatirannya bila seruan Muhammad ini nanti akan tersebar di kalangan kabilah-kabilah Arab sesudah terlebih dulu tersebar di Mekah."

"Oleh karena itu, sejak memuncaknya permusuhan antara Quraisy dengan Muhammad terpikir oleh mereka akan menyusun suatu alat propaganda anti Muhammad."

"Sesudah terjadi diskusi akhirnya Walid mengusulkan supaya kepada peziarah-peziarah orang-orang Arab itu dikatakan bahwa dia (Muhammad) seorang juru penerang yang mempesonakan, apa yang dikatakannya merupakan pesona yang akan memecah-belah orang dengan orangtuanya, dengan saudaranya, dengan isteri dan keluarganya. Dan apa yang dituduhkan itu pada orang-orang Arab pendatang itu merupakan bukti, sebab penduduk Mekah sudah ditimpa perpecahan dan permusuhan. Padahal sebelum itu penduduk Mekah merupakan suatu contoh solidaritas dan ikatan yang paling kuat"