Khamis, September 30, 2010

Umno jahanamkan Melayu Islam

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa pemimpin Umno yang menjahanamkan Melayu Islam di negara ini terutama di zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini katanya, sekaligus menafikan kuasa politik Melayu hanya akan hilang di negara ini jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.Menurutnya, kebimbangan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya kelak telah memaksa Umno memainkan ‘lagu perkauman’.


“Sebab itulah, Umno hari ini gendang lagunya cuma satu ‘lagu perkauman’. Yang terbaru, penyanyinya ialah Dr Mahathir.

“Kata Dr Mahathir dalam pilihan raya (PRU) akan datang jika Umno kalah Melayu ‘hilang’. Jika Pakatan Rakyat menang Cina dan Indialah yang memerintah negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Ceramah Perdana Sempena Hari Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Marang, di Dataran Madrasah Darul Iman, Titian Baru Kedai Buloh, Bukit Payung, 25 September lalu.

Mengulas peringatan Tun Dr Mahathir ketika berucap pada Perhimpunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di Kelantan bahawa Melayu tergugat jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya bertujuan menakut-nakutkan orang Melayu.

Katanya, tujuan pemimpin Umno tersebut memainkan ‘lagu perkauman’ bertujuan menakut-nakutkan orang Melayu di kampung serta pendalaman.

Saifuddin turut menyifatkan undi serta sokongan orang-orang Melayu di kampung-kampung serta kawasan pendalaman merupakan ‘bank deposit’ Umno-BN.

“Kita (Pakatan Rakyat) mengatakan bahawa yang menjahanamkan Melayu dan Islam adalah Umno sendiri. Yang jahanamkan Melayu bukan Cina namanya Kit Siang, yang jahanamkan Islam agama kita bukan Cina namanya Guan Eng atau Karpal Singh atau Tian Chua atau Sivarasa.

“Dalil kita (Pakatan Rakyat) Umno tidak jaga agama pertama, Najib (Perdana Menteri) hendak lulus pula lesen judi Kasino di Sabah.

“Baru-baru ini kita (Pakatan Rakyat) lawan dah dia (Umno-BN) bagi kepada Vincent Tan judi bola yang diluluskan pada zaman Tun Dr Mahathir, sekarang Najib lulus pulak lesen kasino di Sabah,” jelasnya.

Menurutnya, judi Kasino merupakan sebahagian dari projek pelancongan di Karambunai yang membabitkan pembinaan pusat rekreasi air seluas 500 ekar.

Katanya, yang meluluskan lessen perjudian tersebut bukan pemimpin DAP yang bernama Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua tetapi adalah pemimpin Umno.

Selain itu, kata Setiausaha Agung PKR kerajaan Umno-BN juga terlibat secara langsung sejak di zaman Tun Dr Mahathir menyekat bantuan serta peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Menurutnya, Dr Mahathir ketika itu terpengaruh dengan pidato Presiden Amerika, George Bush yang menuduh sekolah agama di Pakistan sebagai tempat melahirkan pengganas.

Justeru itu, katanya Mahathir bertindak mengarahkan kerajaan menarik balik peruntukan kepada SAR.

"Yang tarik bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quran, kenal adab, kenal akhlak adalah pemimpin Umno mengikut sejarah politik kita," ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Posted on Wednesday, September 29 @ 17:00:00 PDT by paktam
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=9875&mode=&order=0&thold=0

Tiada ulasan: