Jumaat, Oktober 02, 2009

Ulasan> Ohhhh Sampah : MB Kedah dan MB Kelantan

salam

Rasanya bukan nak cari publisiti murahan tapi apa yang dinyatakan penulis adalah benar2 berlaku. Saya sendiri apabila pulang berhari raya di kedah, melihat longgokan sampah yang tidak dipungut. amat menyedihkan.

Memang betul kita sebagai ahli PAS wajib untuk senantiasa menyokong dan memperkuatkan jemaah. Adakah dengan menjadi wira rakyat akan menumbangkan jemaah dan kerajaan islam?

Kita kena positif dalam setiap teguran yang dilemparkan kepada kita. kita wajib untuk muhasabah diri kita, apakah teguran itu bersifat membina atau membinasakan. kalau kita rasa membina kita kena ambil langkah2 yang pro-aktif untuk memperbaikinya dan kalau membinasakan kita perlu membentungnya dengan hujah2 dan fakta2 yang betul.

rakyat tidak tahu bahawa "kerajaan pas kedah dan mbas adalah dua entiti yang berbeza". Apa yang mereka tahu adalah sampah tak diangkut dan kerajaan la ni adalah PAS. itu saja.

kita kena kaji adakah unsur2 sabotaj wujud di mbas dengan membiarkan sampah2 itu tidak diangkut agar rakyat menyalahkan kerajaan PAS. Kita kena ingat bahawa UMNO telah memerintah begitu lama di Kedah dan tidak mustahil kebanyakan orang2 di mbas itu adalah kuncu2 UMNO.

jadi kita kena cari penyelesaian dengan segera untuk membersihkan bandar alor setar agar rakyat dapat melihat bahawa kerajaan PAS benar2 prihatin kepada masalah ini. Walaupun tanggunjawab mengangkut sampah itu dipihak mbas tetapi sebagai kerajaan kita cari orang lain yang mampu mengangkut sampah. tak usah berkira sangat itu kerja siapa. yg penting sampah tiada dan bandar bersih. Rakyat tengok... wah kerajaan PAS bagus la. lepas tu baru lah kita hentaml mbas habis-habisan. kata kat depa yang depa semua tu tak boleh buat kerja. dia nak marah kat kita tak boleh sebab benda dah selesai.

saya rasa inilah strategi politik yang perlu kita mainkan supaya rakyat melihat kita sebagai sebuah kerajaan yang benar2 prihatin dan berkebajikan. ketepikan itu kerja siapa. yang penting adalah rakyat. dengan sikap pro-aktif kita, jemaah dan kerajaan islam akan bertambah kuat.

wassalam.

Rabu, Jun 10, 2009

Kerajaan Perpaduan


Selepas Muktamar Tahunan PAS yang ke 55, isu Kerajaan Perpaduan menjadi hangat apabila Presiden PAS sekali lagi menghamparkan idea tersebut kepada ahli-ahli PAS. Secara rambang ada yang menyokongnya dan ada juga yang menentang. Ia bukanlah satu dasar parti yang akan diperjuangkan oleh PAS selepas ini tetapi lebih bertujuan agar ia diperbincangkan secara ilmiah dan diperhalusi dengan lebih teliti untuk kepentingan negara dan rakyat.

Kalau diperhatikan kepada ucapan penangguhan Presiden PAS bahawa “PAS sebagai bahtera yang selamat”, ianya juga ada sangkut paut dengan idea Kerajaan Perpaduan. Meminjam kata-kata beliau "Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia." merupakan satu pesanan kepada seluruh ahli PAS untuk mencurahkan idea dan buah fikiran yang bernas agar Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan dapat dilaksanakan di Malaysia dengan menjadikan PAS sebagai bahtera untuk rakyat belayar dengan selamat dalam mengharungi ombak keduniaan yang sungguh ganas sekarang ini.

Apa yang boleh AnakKechil faham sedikit ke atas idea tersebut adalah sebuah Kerajaan Perpaduan yang merangkumi seluruh parti-parti yang ada di Malaysia ini. Pemilihan calon Perdana Menteri (PM) terletak di bawah kuasa DYMMDP Agong. Ianya bukan milik mutlak UMNO seperti yang berlaku sekarang ini. Apabila PM sudah dilantik barulah anggota kabinet dipilih melalui bidang kuasa PM dan diperkenankan oleh DYMMDP Agong. Ahli Parlimen yang tidak dilantik menjadi anggota kabinet berfungsi sebagai menyokong atau membangkang sebarang usul yang dibawa oleh pihak Kerajaan Perpaduan.

Apabila PAS mencetuskan idea ini UMNO merasakan bahawa PAS ingin bergabung dengan mereka. PAS masih tetap komited pada Pakatan Rakyat. PAS tidak sama sekali akan mengkhianati rakan-rakan PKR dan DAP. Apa yang PAS mahu adalah parti-parti lain turut menyokong malah menyertai Pakatan Rakyat. Ini sudah terbukti di beberapa pilihanraya kecil bahawa rakyat memilih Pakatan Rakyat yang mengutamakan kebajikan rakyat. Kerjasama yang telah terjalin dalam Pakatan Rakyat semakin utuh walaupun terdapat beberapa perkara kecil yang boleh diibaratkan kocakkan air di dalam secangkir kopi sahaja. Ia lumrah manusia kerana dalam rumahtangga pun terdapat salah faham antara suami dan isteri, ibubapa dengan anak, adik beradik dan sebagainya.

Kerajaan Perpaduan yang diketengahkan adalah untuk Pakatan Rakyat. Maka pemimpin, penyokong dan semua ahli parti dalam Pakatan Rakyat perlu memikirkan cara mana untuk menterjemahkan konsep Kerajaan Perpaduan ini dan dalam masa yang sama sedia untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berada di luar sana demi kepentingan rakyat. Seandainya MCA dan MIC atau mana-mana komponen BN tertarik dengan konsep ini, ayuh kita sambut mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Meletakkan rakyat di tempat teratas adalah perkara utama dalam Kerajaan Perpaduan dimana semua rakyat akan terbela tanpa mengira bangsa dan agama. Rasuah dan kronisma dihapuskan serta merta. Ekonomi negara dan rakyat khasnya dapat dijana dengan lebih sistematik tanpa ada gangguan birokrasi yang memualkan.

Ini adalah pandangan dan harapan AnakKechil kepada konsep Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS. Sememangnya banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu diketengahkan. Sebaik-baiknya biarlah para pemimpin Pakatan Rakyat berbicara sesama mereka dengan mengambil kira pandangan dan idea dari pakar-pakar yang berkelayakan dan juga rakyat diakar umbi supaya konsep Kerajaan Perpaduan ini menjadi realiti.

Secara simboliknya AnakKechil dapat merasakan bahawa PAS menawarkan diri untuk menjadi nakhoda kepada bahtera Kerajaan Perpaduan ini dengan meletakkan Ulama sebagai
sandarannya kerana kepimpinan Ulama telah terbukti di Kelantan oleh Tuan Guru Nik Aziz dan sekarang ini di Kedah oleh pimpinan Ustaz Azizan. “PAS sebagai bahtera yang selamat”.

Ahad, Februari 08, 2009

BN sudah hampiri ajal


Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku di Perak adalah satu petunjuk kepada semakin hampirnya ajal Barisan Nasional(BN). BN telah menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu boleh melakukan apa saja Istana dan SPR asalkan hasrat mereka tercapai.

Apa yang terjadi di Perak akan mengingatkan kita kepada sejarah kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis. Punca utama kepada kemusnahan itu adalah disebabkan sikap pembesar-pembesar Melayu Melaka yang tamak, dengki dan terlalu taksub kepada kuasa sesama sendiri sehingga sangguh mengadaikan maruah, harga diri, agama, bangsa dan negara. Ini diikuti oleh pihak istana yang tertutup pandangan mereka kepada keadaan yang sebenar akibat dari perbuatan pembesar-pembesar yang memberikan laporan palsu. Akhirnya negara tergadai dan dijajah oleh pihak lain.

Apakah sejarah itu akan berulang kembali? Ia pasti berulang seandainya kita sebagai rakyat mengambil sikap acuh tak acuh sahaja. Bukan bermaksud untuk menyuruh kita berdemotrasi di jalanan tetapi PASTIKAN pada mana-mana pilihanraya yang bakal mendatang BN disingkirkan dengan cara terhormat.

Kita tak perlu untuk merampas kuasa seperti BN yang kemaruk untuk berkuasa tetapi tingkatkan iman dan amalan supaya rakyat tetap yakin dan percaya kepada PAKATAN RAKYAT. Rapatkan pakatan dan perbaiki sebarang kesilapan yang telah berlaku. Selebihnya kita bertakawal kepada ALLAH yang satu.

Kepada kerajaan HARAM BN di Perak, seandainya kalian semua berani dan yakin bahawa rakyat menyokong anda, adakan sidang DUN dengan segera dan usulkan kepada Dewan agar DUN Perak dibubarkan. Seandainya anda menang maka anda berhak untuk menjadi satu kerajaan yang SAH. Seandainya anda semua enggan berbuat demikian maka Perak akan ditadbir oleh kerajaan HARAM sehinggalah rakyat yang berhak menentukan.