Ahad, November 16, 2008

Siapakah reformis Ramlan Abu Bakar?


Tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian berkaitan dengan ancaman mogok bogel dari Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dipengerusi oleh Ramlan Abu Bakar.

Alasan yang diberikan adalah kerana sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat.Reformis juga bersedia untuk berdebat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat demi membela golongan miskin di Selangor yang terus ditindas.

Persoalan yang bermain dibenak fikiran kita sekarang ini ialah siapakah sebenarnya Ramlan Abu Bakar? Adakah dia ini benar-benar reformis yang betul-betul berjiwa rakyat dan amat prihatin dengan masalah rakyat? Adakah rakyat miskin amat bersetuju dengan cadangan dia ini untuk melancarkan kempen mogok bogel? Apakah hanya ini sahaja caranya atau kaedah yang ada untuk kita mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalah yang timbul?

Secara peribadi cadangan untuk mengadakan kempen mogok bogel adalah satu cadangan yang paling keji, jijik dan teramat-amat bodoh. Tindakan ini akan menjatuhkan maruah peribadi kita sebagai seorang muslim. Lupakah kita pada balasan Allah? Kita berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam setiap perjuangan kita mesti letakkan nama Allah di atas kerana keberkatan sesuatu perjuangan itu datangnya dari Allah. Apabila kita berjuang menuntut keadilan dengan mogok bogel, ianya amat menyimpang dari suruhan Allah. Adakah Allah akan memberi keadilan yang dituntut itu kepada kita?

Para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat diharap tidak terperangkap dengan isu mogok ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari identiti sebenar Ramlan Abu Bakar ini. Bongkarkan latar belakangnya agar semua penyokong dan pendokong tahu siapakah dia Ramlan Abu Bakar. Apa yang dibimbangkan adalah mungkin ianya satu permainan yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat demi untuk menjatuhkan maruah kerajaan Pakatan Rakyat dimata rakyat.

Sabtu, Oktober 18, 2008

Sikap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat


Sekarang nie heboh pula ahli parlimen Pakatan Rakyat yang nak lompat parti masuk BN pada 1 November nanti. Ada berita melaporkan 2 orang yang akan berbuat begitu. Ahli parlimen mana kita pun belum ada maklumat sahih lagi tapi bayangannya kebanyakkan kita dah tahu siapa dia. Siapa pun dia, AnakKechil rasa kita tunggu dan lihat.

Persoalan melompat parti ini di kalangan ahli politik pembangkang ke BN, kita semua sudah sedia maklum bahawa perkara ini sering terjadi. Kita pun tahu orang yang jenis macamana yang melompat parti ni. Mereka ini adalah manusia yang kurang pendirian dalam kehidupannya. Mereka menceburi politik bukan untuk kemajuan dan kebajikan rakyat tapi adalah kepentingan diri sendiri.

Sebenarnya kita tak perlu runsing sangat pasal ni. Biarkan mereka nak pergi mana sekali pun. Kita buat tak tahu sahaja. Apa yang penting seluruh ahli, penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat perlu meneruskan perjuangan untuk memajukan kehidupan rakyat. Kita tak perlu takut dengan kehilangan seorang dua pemimpin yang tidak berprinsip sebaliknya kita perlu takut pada kuasa yang ada pada rakyat. Maka keutamaan perlu diberikan kepada rakyat.

Kemajuan dan kebajikan rakyat harus menjadi fokus utama Pakatan Rakyat. Walaupun susah dan payah macamana sekali pun kita harus redha menerimanya. Allah tidak akan memberi keberkatan kemenangan kepada kita seandainya kita tidak jujur dalam perjuangan kita. Percayalah, kita akan mendapat satu kepuasan yang tak terhingga sekiranya perjuangan kita untuk rakyat mendapat kejayaan. Kepuasan itulah sebenarnya keberkatan yang diberi oleh Allah kepada kita.

Kita lihat Tuan Guru Nik Aziz ketika mula-mula memerintah Kelantan. Terlalu banyak musibah dan dugaan yang beliau dan PAS lalui hinggakan sekiranya iman didada tidak kukuh pastinya Kerajaan PAS akan gugur dipertengah jalan. Alhamdulillah... berkat kesabaran dan ketakwaan Tuan Guru dan seluruh penyokong dan pendokong PAS, Kerajaan PAS Kelantan terus kekal sehingga ke hari ini. Moralnya di sini kita tak perlu gusar dan gelabah dengan berita kemasukkan ahli pembangkang kepada BN sebaliknya teruskan usaha kita untuk menambat hati rakyat. Lakukan dengan penuh kejujuran dan ketakwaan dan insya-Allah... usaha kita itu diberkati oleh Allah.

Ingatlah... kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat, biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Kita tak perlu memujuk atau sedih dengan pemergian mereka sebaliknya terus kepada agenda utama kita iaitu KEMAJUAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT terjamin di bawah pemerintah kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Rakyat akan menilai dan AnakKechil yakin dan percaya pada PRU13 nanti Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan yang lebih besar lagi. Mungkin 16 September 20XX akan menjadi kenyataan bahawa Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Ahad, September 14, 2008

2PNP bantah penggunaan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik

Mohd Sabri Said
Thu | Sep 11, 08 | 2:41:32 pm MYT

PULAU PINANG, 11 Sept (Hrkh) - Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) berangapan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui Dato' Hishamudn Hussein memperkenalkan program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bukan sekadar merosakan malah menghancurkan masa depan pelajar Melayu khususnya di luar bandar.

Ketua Satu 2PNP, Anuar Ahmad dalam kenyataan yang diemailkan ke Harakahdaily semalam turut kesal kerana semua suara yang dikemukakan oleh berbagai pihak agar PPSMI dimansuhkan kerana gagal dan merugikan pelajar tidak dihiraukan.

Isu ini katanya, disahkan oleh Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunanya (2007) serta penolakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

"Kerajaan masih buat tidak peduli tentang isu ini walaupun berbagai pihak menjerit agar PPSMI dimansuhkan. Ramai tokoh akademik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersuara beri pandangan tetapi kerajaan pekak telinga sahaja," ujarnya dalam kenyataan dua muka surat itu.

2PNP katanya sedar, keengganan kerajaan memansuhnya disebabkan terdapat sesuatu muslihat selain dari sandiwara politik dan memperkayakan golongan tertentu.

Merujuk kepada kenyataan NUTP baru-baru ini yang mewakili 135,000 anggota menolak program selepas mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami kesukaran mengikutinya.

Guru-guru yang terbabit juga mengalami kesukaran mengajar kerana murid langsung tidak memahami apa yang diajar melainkan mengembalikan ke sistem asal.

2PNP juga berpendapat, kalau pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Melayu tidak memuaskan lebih baik digubal semula kaedah pengajaran bahasa itu bukan bertindak mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

"Kaedah ini seolah tempat lain yang sakit tempat lain yang diubati. Jika guru yang sukar menguasai Bahasa Inggeris tetapi diarah melakukan PPSMI sudah tentu ianya bagaikan tikus membaiki labu," katanya.

Jika diikuti laporan Ketua Audi Negara 2007, masih ada murid tahun empat dari Sabah, Kelantan dan Perlis serta pelajar tingkatan empat dari Sarawak, Sabah dan Kedah khususnya di kawasan luar bandar menghadapi masalah mengikuti PPSMI.

2PNP faham sambung Anuar, kabinet semasa rejim Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan PPSMI bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta melahirkan pelajar yang berkualiti sejajar merealisasikan modal insan terbaik.

Antara tokoh akademik yang membantah program itu ialah Persatuan LInguistik Malaysia, Dr Awang Sariyan, Persatuan Karyawan, Dato' Dr Hasan Ahmad, UPSI, Prof Emeritus Abdullah Hassan, GAPENA Prof Emeritus Tan Sri Ismail Husein, Akedemi Sains Islam Malaysia, Dato' Zainol Abidin Wahid, Prof Shahril Mohd Zain dan Prof Emeritus Abu Bakar Hamid dan TERAS, Azmi Abdul Hamid serta ramai lagi._

Rabu, Ogos 27, 2008

Tahniah dan Syabas kepada Pakatan Rakyat


Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya telah memberikan kemenangan yang amat bermakna kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh. Kemenangan ini adalah satu rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia kerana Allah mengizinkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyumbangkan khidmat baktinya untuk memajukan kehidupan rakyat yang amat dahagakan pembelaan dan perhatian yang serius dari pihak kerajaan.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya memperolehi majoriti undi yang besar pada pilihanraya kecil P44. Ini menunjukkan rakyat semakin hari semakin matang dan berani untuk membuat perubahan. Retorik politik yang menyatakan bahawa BN sahaja yang mampu memerintah amat tidak relevan lagi sekarang ini. BN selalu ingat bahawa rakyat mudah diperbodohkan tapi sekarang ini giliran rakyat pula memperbodohkan pemimpin-pemimpin BN yang kurang cerdik itu.

Syabas juga diucapkan kepada semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat. Anda semua telah berjuang dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Tanpa mengharapkan habuan wang ringgit dan kebendaan cuma segelas air untuk menghilangkan dahaga. Anda semua selayaknya digelar "PEJUANG SEBENAR".

Akhir sekali tahniah dan syabas untuk semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat atas kemenangan ini. Jadikan ia sebagai satu batu loncatan untuk membela nasib rakyat dan seterusnya memakmurkan negara. Jangan dipersia-siakan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Ahad, Ogos 03, 2008

Betul ke Ezam pejuang sebenar?


Ezam telah mendakwa bahawa beliau adalah "pejuang sebenar". Dalam Sinar Harian, Ahad 03 Ogos 2008 beliau berkata " Jangan sebut tentang kalah dan menang, jangan cuba takutkan saya tentang Permatang Pauh dan jangan sesekali cabar saya kerana saya bukan ahli politik biasa, saya adalah pejuang sebenar".

AnakKechil nak tergelak bila membacanya. Pejuang sebenar konon. Mungkin ayat itu perlu dipanjangkan kepada "pejuang sebenar untuk kepentingan peribadi". Melayu yang angkuh dan sombong sebegini harus diberi pengajaran supaya ia sedar erti pejuang sebenar.

Dia dengan lagaknya berkata "Saya akan turun sebagai pendekar yang bukan sekadar pantang dicabar tetapi pejuang yang bermati-matian".

Kita semua tahu ketika di dalam KeAdilan dulu pun beliau bercakap berdegar-degar. Pedih telinga puak UMNO untuk mendengarnya. Sekarang nadanya agak serupa tetapi bezanya beliau berada di kem UMNO pulak. Adakah manusia sebegini boleh dipakai atau dipercayai akan kata-katanya lagi?

Sehingga kini kita pun kurang arif apakah motif sebenar Ezam kembali kepada UMNO dan kenapa dia begitu sakit hati dan sering menyerang Anwar Ibrahim? Kenapa beliau tidak meneruskan agenda GERAK dalam membenteras rasuah yang berlaku dalam kerajaan BN?

Sebenarnya kita semua tahu dia dan ramai rakan-rakannya kembali kepada UMNO apabila kehabisan duit dan modal untuk hidup. Orang-orang UMNO berpolitik demi duit dan periuk nasi masing-masing. Bila betul-betul dah tak ada duit barulah mengelabah nak sokong UMNO semula. Adakah ini pejuang sebenar? Kalau kita pergi ke mesyuarat cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini, apakah ada usul-usul yang membela agama dan bangsa dikemukakan ke peringkat bahagian?

AnakKechil berpendapat bahawa Ezam ni sebenarnya syok sendiri sahaja dan tak lebih dari nak cari publisiti untuk menonjolkan diri dalam UMNO, seolah-olah beliaulah manusia atau ahli politik yang paling hebat sekarang ini.

Pakatan Rakyat tidak perlu melayan kerenah si Ezam ni. Biar saja dia bercakap dengan orang-orang UMNO yang kurang bijak untuk berfikir itu dan biar dia terjun dengan labu-labunya.

Perjuangan sebenar Pakatan Rakyat harus diteruskan untuk membela dan memajukan rakyat. Tumpuan kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh harus diberi perhatian serius walaupun secara kasarnya Pakatan Rakyat boleh memenanginya dengan mudah tetapi harus diingat BN mempunyai 1001 muslihat untuk mengagalkan kemenangan DSAI.

"Kalau takut dengan risiko... jangan bicara tentang perjuangan"

Isnin, Julai 28, 2008

Rapatkan saf Pakatan Rakyat


AnakKechil mengikuti perkembangan tentang muzakarah antara PAS dan UMNO, kemudiannya ditukar kepada muqabalah hasil campur tangan dari Tuan Guru Nik Aziz dengan penuh teliti dan berhati-hati. Sebenarnya desas-desus tentang pertemuan ini telah kita dengar selepas sahaja PRU12 tetapi kurang menyakinkan sehinggalah Presiden PAS mengiakannya.

Secara peribadi AnakKechil amat menyokong pendirian Tuan Guru Nik Aziz agar menghentikan segala muzakarah atau muqabalah dengan UMNO. Ini kerana UMNO dipenuhi oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dan kita tidak mahu para pimpinan PAS pun akan terikut-ikut dengan perangai mereka.

Kita mahu para pimpinan PAS peka kepada kehendak rakyat. Pimpinan PAS perlu menghormati pengundi bukan Melayu yang telah memberi undi kepada calon-calon PAS ketika PRU12 yang lalu. Pimpinan PAS, ahli PAS dan pendokong PAS perlu merapatkan saf dan kembali bersatu dengan Pakatan Rakyat. Tumpukan usaha untuk memajukan rakyat dengan menetapkan asas perjuangan bersama Islam.

Memperjuangkan Islam lebih utama kerana ia secara tidak langsung akan memperjuangkan nasib seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. AnakKechil tidak perlu menjelaskan semua ini kerana pimpinan PAS dan seluruh ahli PAS lebih arif tentang hal ini.

Lupakanlah UMNO, kerana parti itu makin hampir menuju kepada kehancuran. Mereka tiada semangat untuk membela agama dan bangsa. Mereka hanya pandai bermain kata-kata sahaja. Lihatlah kepada mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung sekarang ini, penuh dengan pertandingan untuk merebut jawatan tanpa ada usul yang membina untuk
membela agama dan bangsa. Pembelajaran Matematik dan Sains masih lagi tiada perubahan, bahasa Melayu tetap terpinggir malah anak-anak bangsa semakin merintih keperitan dan kepayahan.

AnakKechil amat mengharapkan pimpinan PAS sedar dan kepada seluruh ahli PAS dan pendokong PAS marilah kita berjuangan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Isnin, Julai 14, 2008

Menteri Pelajaran yang kurang pelajaran


Menteri Pelajaran kita setiap kali bersuara mesti pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ada saja yang hendak dikomenkan pasal DSAI. Apa masalah dia dengan DSAI? Ayat yang selalu diberikan adalah seperti ini:

“Pemuda UMNO sepakat dalam perkara ini dan hasil daripada beberapa perbincangan exco-exco mengenainya, kita bersatu padu menggerakkan ahli-ahli di semua peringkat, termasuk di akar umbi, bagi mengekang perkara ini,”

Selalu bercakap pasal akar umbi tapi apa yang akar, apa yang umbi kita pun tak tahu. Hanya itu lah yang dia pandai cakap. Hasilnya… pi mai pi mai tang tu jugak,

Dia juga berasa yakin rakyat semakin meluat dan menyampah dengan sikap DSAI yang memualkan tetapi rakyat sebenarnya semakin menyampah dan meluat dengan sikap kerajaan yang amat-amat meloyakan dan memualkan.

Pakatan Rakyat tak merancang apa-apa pun untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di bangunan Parlimen, tetapi kerajaan yang syok sendiri dengan menyuruh polis sekat jalan raya sana dan sini. Sehinggakan rakyat nak keluar mencari rezeki pun payah dibuatnya. Dah lah harga minyak tak reti nak kawal, kemudian menyusahkan rakyat pula dengan arahan yang bodoh dan bengap atas alasan demi keselamatan. Keselamatan kepala otak dia.

Pemimpin UMNO berkata yang isu DSAI itu masalah peribadi beliau tapi yang mereka sibuk nak ambil kisah tu pasal apa. Biaq pi la kat DSAI nak bersihkan nama dia lagu mana pun. Itu hak dia. Yang depa semua kalut macam kera kena belacan tu apa halnya pulak.

AnakKechil nak ajar sikit kat Menteri Pelajaran kita ni macamana nak “menghadapi ancaman demonstrasi jalanan sebelum ia menular sehingga mencetuskan suasana huru-hara yang menjejaskan ekonomi dan imej negara” (ikut yang dia katalah).

Senang je… jadilah pendengar yang baik dan berikan satu saluran pada rakyat untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka. Jangan sekat sana dan sekat sini. Setiap keputusan yang hendak dibuat ambil pandangan rakyat dahulu, kemudian sekiranya kebanyakan rakyat bersetuju barulah dilaksanakan. Barulah rakyat tak melenting.

Anda kena ingat, tanpa rakyat yang memberi undi pada anda belum tentu anda berada di atas sana dan juga jangan ingat bila anda menang dalam pilihanraya anda sudah merasa terlalu pandai dan bijaksana tanpa memperdulikan pandangan rakyat di bawah ni.

Pemimpin yang baik dan dihormati adalah pemimpin yang senantiasa mengambil kira pandangan rakyat serta berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan rakyat kerana Allah. Dia tidak mengharapkan balasan dari rakyat tapi amat mengharapkan balasan dari Allah di akhirat nanti.

Ingatan buat wartawan dan pemberita



Memetik ucapan dari Ustaz Azizan pada majlis ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' di Kompleks PAS Kedah yang menjelaskan bahawa orang yang memfitnah lelaki atau perempuan mukmin akan dibakar oleh api neraka.

"Orang-orang ini kerjanya memfitnah, kerana dia senang mencari makan dengan kerjanya membuat fitnah. Saya kata kepada mereka jangan membuat fitnah kerana orang yang buat fitnah ini dia mencari makan dengan cara fitnah.

"Dapat rezeki sama ada dia wartawan atau pemberita, bawa balik bagi anak isteri makan. Jadi dia beri anak isteri makan harta haram dan hidupnya pasti tidak diberkati," tegasnya menghuraikan gejala fitnah yang menjadi-jadi sekarang ini.


Ingatan ini untuk semua termasuk blogger, wartawan dan pemberita supaya berhati-hati dalam menyampaikan maklumat. Semoga amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.

Ahad, Julai 13, 2008

Kualiti wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat


Pandangan dari Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkaitan dengan kualiti wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat melalui wawancara sidang wartawan Harakah dengannya baru-baru ini.

Wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat perlu menyahut cabaran yang telah diberikan oleh Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff. Terima teguran dan komen ini dengan hati yang terbuka dan positif dengan membuktikan bahawa "soal berjiwa halus untuk mengongsi kesusahan dengan rakyat" adalah matlamat utama dalam pentadbiran.

Bagaimana pula dengan kualiti wakil-wakil rakyat Pakatan?

Satu yang jelas dengan wakil rakyat Pakatan ialah mereka dilihat bersih dan komited untuk membantu rakyat melalui suara mereka. Saya menyatakan ini berdasarkan kepada pengamatan saya melalui ucapan, ceramah, perbualan dan gaya hidup mereka.

Kenyataan akhbar mereka juga menunjukkan bahawa mereka adalah komited dalam perjuangan untuk mewujudkan kerajaan yang telus dan terbuka. Kesediaan mereka menghadapi risiko dengan menghadiri demonstrasi yang dianjurkan tanpa permit untuk menyuarakan bangkangan mereka kepada sesuatu isu rakyat juga menunjukkan mereka mempunyai kualiti sebagai seorang pejuang.

Namun, pengamatan saya juga menunjukkan mereka gagal untuk membantu rakyat yang mendatangi mereka secara bersemuka untuk mendapatkan bantuan wang segera bagi membeli keperluan harian dan lain-lain yang berkaitan. Soal tidak cukup wang satu hal, tapi soal berjiwa halus untuk mengongsi kesusahan dengan rakyat, itu saya kira kelebihan ada pada wakil rakyat BN.

Apa yang nyata, soal personal touch sebagai wakil rakyat ini, saya lihat wakil rakyat BN lebih berjaya. Jadi dalam soal ini, sementara wakil rakyat BN lebih merakyat untuk membantu rakyat secara terus, wakil rakyat Pakatan pula lebih merakyat untuk menyampaikan suara rakyat bagi mendapat perhatian kerajaan. Kedua-duanya ada peranan dan kualiti tetapi dari aspek yang berbeza.


TV3 perlu disaman


AnakKechil menyarankan kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar mengambil tindakan mahkamah ke atas TV3 kerana menyebarkan berita palsu kepada rakyat. Perkara ini harus dihentikan dengan segera supaya rakyat tahu siapa yang selalu membuat fitnah.

TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah
M Khaleel Kas
Sat Jul 12, 08 8:15:56 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh)

- Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali.

Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah.

"Teras kesal kenapa budaya fitnah media ini diamalkan oleh TV3, bukankah dengan cara yang sangat gelojoh ini akan memburukkan lagi keadaan berpolitik di negara ini.

"Menfitnah dengan berita yang salah apatah lagi dengan membabitkan kelompok istana adalah gejala yang tidak dapat diterima oleh rakyat,"ujarnya yang kesal dengan kejadian tersebut.-


TV3 digesa mohon maaf,jangan ulangi kesilapan
Izwan Abdul Halim
Sat Jul 12, 08 8:03:00 am MYT
ALOR STAR, 12 Julai (Hrkh)

- Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini menjelaskan bahawa, pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan.

Menurut Helmi, rombongan Diraja itu diketuai Tuanku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri.

Helmi menjelaskan, TV3 yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat.

"Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dahulu kerana ia melibatkan kepentingan istana," kata Hilmi.-


Tembakan peluru kapur TV3
Zukifli Yahaya
Fri Jul 11, 08 7:34:57 am MYT

-Selepas 100 hari, baru tembakan yang ditunggu-tunggu dari pembangkang bermula. Bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid membidas Ustaz Azizan Abdul Razak yang kononnya tidak tahu mengurus sumber pendapatan kerajaan negeri dengan baik.

Media yang taksub dengan isu alam sekitar, TV3, dalam laporannya baru-baru ini membongkar kegiatan penebangan balak yang berlaku secara berleluasa sejak lima tahun lalu di kawasan tadahan air di negeri Kedah.

Ustaz Azizan baru tiga bulan menjadi Menteri Besar. Bermakna, kegiatan memusnahkan kawasan tadahan air itu berlaku sejak Dato' Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar dan berlarutan di zaman Mahdzir.

Itu intisari dari laporan yang dibuat oleh TV3. Meludah ke muka Ustaz Azizan, terkena batang hidung menteri besar terdahulu.-

Petikan dari Harakahdaily


Rabu, Julai 09, 2008

Majoriti rakyat sokong debat harga minyak


Ketika dalam perjalanan pulang dari pejabat sekitar jam 6:45 petang tadi, AnakKechil menukar siaran radio kepada siaran Radio24 (93.9 FM). Siaran radio berkenaan telah mengadakan undian samada bersetuju atau tidak debat yang bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" antara Anwar Ibrahim dengan Ahmad Shabery yang dijadualkan pada 15hb Julai ini.

Keputusan undian adalah 89 peratus pendengar bersetuju debat itu diadakan manakala 11 peratus lagi tidak bersetuju. Apa yang menarik perhatian AnakKechil adalah siaran radio itu memainkan semula rakaman pendapat mereka yang bersetuju dan tidak bersetuju. Rata-rata mereka yang bersetuju inginkan satu perbahasan yang adil dan telus. Mereka juga tidak mahu ada bias pada mana-mana pihak. Mereka juga mahukan seluruh rakyat berfikiran terbuka dengan menilai sendiri pendapat mana yang lebih bernas dan bermutu. Mereka juga inginkan kerajaan melihat perbahasan ini salah satu dari cabang untuk menimba ilmu dan tidak hanya terhad pada isu harga minyak sahaja malah kepada isu-isu lain yang melibatkan rakyat terbanyak.

Ini membuktikan bahawa rakyat amat dahagakan ilmu. Rakyat amat dahagakan fakta yang jelas. Rakyat amat dahagakan ketelusan kerajaan. Rakyat amat dahagakan keprihatian kerajaan. Rakyat amat dahagakan kebebasan media. Rakyat amat dahagakan perkongsian pendapat. Tidak semestinya pendapat dan pandangan Anwar Ibrahim akan diterima rakyat bulat-bulat dan tidak semestinya Ahmad Shabery tidak mampu membahas segala penghujahan dengan baik dan berkesan. Rakyat tidak menghiraukan siapa yang menang atau kalah kerana bagi rakyat yang penting adalah kebajikan rakyat terbanyak terbela dan terjamin kehidupannya dalam suasana yang mencabar dan menekan sekarang ini. Inilah yang sebenarnya rakyat mahukan.

Sememangnya tiada keputusan samada harga minyak akan diturunkan selepas perbahasan ini tetapi sekurang-kurangnya rakyat dapat mendengar dan menilai bagaimanakah caranya harga minyak dapat diturunkan seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan nanti. Rakyat dapat memikirkan samada logik atau tidak cadangan yang akan diutarakan nanti.

Apakah kerajaan sudi mendengar keluhan rakyat? Agak menghairankan mereka yang menentang perbahasan ini adalah mereka yang mempunyai jawatan penting dalam UMNO dan kerajaan. Benarkah mereka ini pembela nasib rakyat khususnya orang Melayu? Apakah mereka merasa terlalu pandai mentadbir kerajaan sehinggakan tidak perlu pada pandangan dari rakyat? Atau mereka ini mempunyai kepentingan tertentu berikutan kenaikan harga minyak? Kenapa kerajaan mesti membayar kepada rakyat melalui Pos Malaysia? Siapa pemilik saham terbesar dalam Pos Malaysia?

AnakKechil mengharapkan perbahasan ini akan tetap diteruskan tanpa halangan dari mana-mana pihak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Radio24 kerana bersikap terbuka dalam menyiarkan suara rakyat. Syabas juga diucapkan kepada Ahmad Shabery (kalau jadi debat tu) kerana sudi memberi peluang kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyuarakan pendapat dan pandangan secara terbuka kepada rakyat.

Berjuang memastikan ISA terkubur dari bumi Malaysia


AnakKechil menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama kita berganding bahu bagi memastikan ISA terkubur dari bumi Malaysia. Kembalilah kepada Islam dan hormatilah kebebasan kehidupan manusia. Jika tahanan ISA benar-benar bersalah dan mempunyai bukti yang cukup untuk disabitkan kesalahan mereka, dakwalah secara adil di Mahkamah agar mereka mendapat keadilan yang secukupnya. Jangan sewenang-wenangnya menahan seseorang dan terus menjatuhkan hukuman tanpa diadili terlebih dahulu.

AnakKechil mencadangkan setiap warga Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan menampal pelekat anti ISA dicermin kereta masing-masing sebagai tanpa memprotes kezaliman I.S.A.

Nazak dan meninggal dunia tanpa ayah di sisi, kejamnya ISA!
Roy Rasul
Wed Jul 09, 08 6:59:26 am MYT
KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) - Aina Mardiah Shahrial, 17, yang menghembus nafasnya tanpa kehadiran orang yang dirindui di sisi, melahirkan rasa marah dan kecewa beberapa pihak apabila pihak polis dilihat melengah-lengahkan pelepasan sementara ayahnya yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting, Perak.

Anak sulung kepada salah seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin ternyata dinafikan haknya sekalipun beliau dalam keadaan nazak, ayahnya langsung tidak dapat bersama-samanya di saat-saat akhir beliau dirawat di Hospital Kajang, Selangor pada petang Khamis, 3 Julai lalu.

Biarpun pelbagai usaha dilakukan keluarga, rakan-rakan serta aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk membawa keluar ayahnya dari Kem Kamunting, Taiping, Perak, tetapi usaha itu gagal kerana ayahnya sampai setelah hampir empat jam Aina meninggal dunia.
(Aina paling kanan bersama rakan sekolahnya.)

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau berasa sangat sedih kerana Aina meninggal dalam keadaan ayahnya tiada di sisi.

Beliau berkata, ketidaksempatan ayahnya ziarahi beliau yang dalam keadaan koma disebabkan tidak ada kesungguhan polis untuk menyegerakan membawa ayahnya bertemu Aina.

"Tunggu punya tunggu sampailah anaknya pergi menghadap tuhan tanpa melihat ayahnya yang sudah tujuh tahun di penjara," katanya turut berada di hospital ketika Aina kembali ke Rahmatullah.

Katanya, apa yang dikesalkan ialah berita mengenai ketenatan Aina diberitahu kepada pihak berkuasa sejak malam dia dimasukkan ke hospital lagi.

"Ini satu penyeksaan dan bukan sifat kemanusiaan dan sepatutnya pihak berkuasa membenarkannya keluar lebih awal untuk memberi kesempatan kepada seorang ayah untuk menziarah anaknya yang kritikal," katanya.

Katanya, sesungguhnya rasa sedih beliau tidak mungkin sama dengan rasa yang dihadapi keluarga tersebut lebih-lebihnya ibunya, Siti Fatma Masrum yang begitu berharap suaminya tiba pada petang itu.

Beliau berkata sebagai manusia yang mempunyai sifat keinsanan pihak berkuasa sepatutnya merasai keluh kesah keluarga tahanan ISA.

Oleh kerana itu, tidak ada lain cara untuk atasi halangan tersebut melainkan kerajaan membebaskan segera tahanan ISA termasuk Shahrial bagi mengembalikan hak mereka ke pangkuan keluarga.

Malah katanya, peristiwa seperti itu sudah kerap diucapkan dan kerana itu katanya kerajaan harus bertanggungjawab penuh ke atas mereka.

"Ini satu perkara asas tetapi apabila ia dikaburi dengan alasan keselamatan negara yang dianggap lebih besar isu kemanusiaan mnejadi kecil dan remeh," katanya.

Sementara itu,Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sani Hamzan menyifatkan kematian tersebut sebagai satu kemalangan kepada sistem demokrasi dalam negara ini.

Katanya, ini jelas apabila, ayah adik Aina dinafikan haknya untuk datang melawatnya sehingga pesakit meninggal dunia.

"Saya kira ini merupakan satu malapetaka dan gerak gempur kepada amalan demokrasi yang menampakkan kerajaan Barisan Nasional hilang sifat keperimanusiaan kepada perkara-perkara yang melibatkan kematian dan kehidupan rakyat Malaysia," katanya yang datang menziarah Aina di hospital pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuh ISA (GMI), Norlaila Osman berkata, peristiwa kematian Aina Madiah merupakan satu bukti terbaru mengenai kezaliman kerajaan yang berkuasa untuk percepatkan lawatan seorang tahanan ISA, Sahrial Sirin untuk melihat anaknya yang sedang tenat di hospital.

Katanya,walaupun beliau bersama-sama kaum keluara dan rakan-rakan menghubungi kem Kamunting sejak malam lagi sama ada melalui telefon dan faks untuk tahanan dibenarkan keluar dari kem tahanan.

Lebih menyayatkan hati katanya, Aina disahkan doktor yang memaklumkan bahawa beliau sedang bertarung nyawa dan bergantung kepada mesin jangka hayat.

Beliau yang turut menemani Aina di hospital mendakwa, pihak berwajib terutamanya anggota SB dilihat sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk mencabul hak tahanan walaupun hanya untuk melawat anak yang kritikal.

"Bagi saya tiada maaf di atas peristiwa seperti itu dan sebenarnya satu penegasan yang datang daripada mereka yang hatinya kering dan begitu sombong.

"Peristiwa ini juga menguatkan azam saya untuk terus berjuang memastikan ISA terkubur dari bumi Malaysia," tegasnya. - mks._


Selasa, Julai 08, 2008

Perkataan 'SUMPAH' tiba-tiba begitu populor.


Muktahir ini suasana politik negara kita semakin menyesakkan akal dan fikiran kita semua. Perkataan 'SUMPAH' begitu populor dengan pelbagai reaksi yang tersendiri. Ada pihak yang menyuruh pihak satu lagi itu bersumpah. Pihak yang kena suruh bersumpah,
menyatakan pihak yang menyuruh itu pula yang kena bersumpah. Ada yang buat akuan bersumpah tetapi membuat akuan bersumpah yang menarik balik beberapa perkara dalam akuan bersumpah sebelumnya. Boleh dikatakan awal bulan Julai dan Rejab ini penuh dengan perkataan sumpah.

AnakKechil merasa hairan dan pelik kenapa perkara sebegini boleh berlaku. Apakah kita tidak berasa malu dengan masyarakat dunia yang mentertawakan kita. Di manakah fokus kita untuk memajukan rakyat dan negara ini? Negara lain sibuk dengan kegawatan bahan dan harga makanan tapi kita sibuk dengan sumpah itu dan sumpah ini.

Cukuplah... wahai rakyat Malaysia semua. Tumpukan perhatian dan fokus kita kepada keperluan rakyat. Teruskan berkempen menurunkan harga minyak untuk menekan kerajaan agar tunduk dengan kehendak rakyat. Biarkan isu 'SUMPAH' ini diselesaikan oleh pihak yang berwajib. AnakKechil tahu bahawa pihak berwajib sekarang ini sukar untuk dipercayai ketelusannya tetapi Pakatan Rakyat perlu ada strategi yang baik untuk mengimbanginya.

Berikut adalah beberapa cadangan AnakKechil:

1) Bentuk satu pasukan yang akan memantau perjalanan kes 'Sumpah' dan '5X' ini dengan penuh teliti.

2) Pasukan kedua pula teruskan usaha berkempen 'PROTES Sejuta Rakyat' dengan mengedarkan pelekat kereta secara percuma kepada orang ramai untuk ditampalkan di cermin kereta sebagai tanda menyokong protes menurunkan harga minyak.

3) Pasukan ketiga memantau setiap menteri dengan memberi tanggungjawab kepada 3 orang ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi satu kementerian.

Terpulanglah kepada pimpian Pakatan Rakyat untuk menerima atau melupakan sahaja pandangan dari Anakkechil ini. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian hidup hanya ini sahaja yang termampu dilakukan.

AnakKechil berdoa agar pimpinan Pakatan Rakyat akan lebih proaktif dan berfikirn luas dalam membela nasib rakyat terbanyak.

Sabtu, Julai 05, 2008

Ingatan Presiden PAS: Pertahan akhlak Islam hadapi saat serba mencabar

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sat Jul 05, 08 7:04:21 am MYT

Berhubung dengan pelbagai fitnah yang tersebar dengan meluas dalam negara kita kebelakangan ini, bagi pihak PAS, saya suka menyeru agar semua kita kembali berpaut kepada ajaran Islam yang sebenar.

Kita menegaskan bahawa fitnah adalah lebih merbahaya daripada membunuh, oleh kerana itu kita tidak boleh menyebarkan sebarang fitnah sewenang-wenangnya. Sesungguhnya Islam meletakkan garis panduan dalam semua perkara tapi malangnya kita sendiri memilih untuk menjauhkan diripada ajaran Islam.

Islam dengan jelas mengajar dan menetapkan hukuman yang berkait dengan memfitnah termasuk fitnah zina dan liwat.

Seseorang tidak boleh menuduh seseorang yang lain dengan dosa itu melainkan mengemukakan empat orang saksi.

Sekiranya tidak ada empat orang saksi, maka orang yang menuduh hendaklah dijatuhkan hukuman hudud dan menjadi fasik, dan beliau tidak boleh menjadi saksi lagi.

Di dalam Islam seorang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan kesalahnnya ataupun orang itu mengaku sendiri dengan rela diri tanpa paksaan yang ia telah melakukan kesalahan tersebut.

Kita mengharapkan masyarakat Islam supaya memelihara akhlak yang diajar oleh Islam ini dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak. Apa yang mendukacitakan gejala ini berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam.

Oleh itu saya menyeru supaya sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sedemikian rupa hendaklah bertaubat kepada Allah SWT kerana dosa itu termasuk dalam kategori dosa besar yang diberi amaran keras oleh Allah SWT di dalam al Quran dan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. dan diperingatkan oleh para ulamak di sepanjang zaman.

Saya menyeru ahli-ahli PAS supaya kembali kepada pegangan kita yang termaktub dalam Perlembagaan PAS dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak di saat yang serba mencabar dan meruncing ini.

4 Julai, 2008

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Dipetik dari Harakahdaily

Jumaat, Julai 04, 2008

Bilakah ISA akan dihapuskan?


AnakKechil ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Takziah kepada Shahrial Sirin sekeluarga. Semoga roh anaknya ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Sesungguhnya ujian yang Allah berikan kepada keluarga Shahrial amat hebat. Hanya keimanan yang utuh kepadaNya sahaja mampu untuk menempuh semua itu. Seandainya dugaan dan ujian sehebat ini dikenakan ke atas diri AnakKechil, belum tentu mampu untuk menghadapinya. Kepada Shahrial sekeluarga banyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah supaya ditenangkan jiwa dan dikuatkan iman.

Anak tahanan ISA meninggal dunia ketika kelibat ayah belum kelihatan
Ahmad Tajdid

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir di Wad Blok A, Tingkat 3, Hospital Kajang selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam.

Lebih mendukacitakan, bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi masih belum tiba di hospital.

Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat.

Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.

Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.

"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman turut berada di hospital setelah mendapat berita pemergian Aina Mardhiah.

"Semoga Allah SWT memberi kesabaran kepada keluarga Allahyarhamah dan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menzalimi keluarga ini," ujar Lutfi kesal.- tajdid


Akta ISA nyata telah menzalimi ramai rakyat di Malaysia ini. Kenapa kerajaan masih berpegang kepada idea lapuk dan ketinggalan zaman dalam mengekalkan akta ini. Apakah benar mereka yang ditahan ini boleh mengancam keselamatan negara? Apakah pemimpin kerajaan yang ada sekarang ini meletakkan agama di bawah tapak kaki mereka? Apakah mereka semua lupa akan hari akhirat nanti di mana seluruh manusia akan dikumpulkan di padang Mashyar untuk menerima pembalasan? Allah yang Maha Berkuasa, Pencipta manusia serta langit dan bumi, mengetahui segala perbuatan manusia yang nyata mahupun tersembunyi, tetap menjanjikan hari pengadilan kepada seluruh umat manusia kenapa kita manusia yang dicipta dan dipinjamkan nyawa sekejap oleh ALLAH, bersikap terlalu sombong dan angkuh dengan menghukum tanpa bicara kepada tahanan ISA???

Marilah semua rakyat Malaysia berdoa agar kezaliman ini akan terhapus di bumi yang dicintai ini secepat mungkin.

Isnin, Jun 30, 2008

Peristiwa hitam 1998 berulang kembali


Agak terperanjat juga bila mendengar berita bahawa DSAI sekali lagi dituduh melakukan perbuatan "XXXXX" sama seperti 10 tahun yang lalu. Boleh dikatakan peristiwa pada tahun 1998 berulang kembali pada tahun 2008. Cuma bulannya terawal sedikit atau sengaja diterbalikkan dari 9 (September) kepada 6 (Jun). Mungkin angka 6 menunjukkan bahawa cerita kali ini lagi "best" dan lagi "kow-kow" seperti kita menunjukkan simbul tersebut dengan mengenggam empat jari tangan sambil ibu jari ditegakkan. Sengaja AnakKechil tidak menulis perkataan sebenar tapi sekadar meletakkan 5X kerana ia adalah satu perbuatan yang melebihi batas kemanusiaan.

Apabila membaca berita ini di dada akhbar, AnakKechil termenung seketika. Apakah yang dibaca tadi betul-betul berlaku. Akhbar Berita Minggu dan Mingguan Malaysia tidak menamakan pemimpin terbabit tetapi akhbar The Star secara jelas menulis nama DSAI. Untuk kepastian AnakKechil lawati laman web harakahdaily. Nah... ianya jelas dan nyata DSAI dituduh sekali lagi.

Rasanya seluruh rakyat Malaysia masih terpinga-pinga adakah berita ini betul atau palsu semata-mata atau satu konspirasi terkini untuk menjatuhkan dan mengaibkan DSAI. Ini tidak mustahil kerana ketika pilihanraya kecil Ijuk pada tahun 2007, AnakKechil pernah melayari laman blog penyokong parti BN. Di dalamnya terdapat ruang forum untuk rakyat meluahkan pendapat dan pandangan. Isu utama dalam forum tersebut, mereka masih tetap mengungkit-ungkitkan peristiwa 5X itu ke atas diri DSAI. Apakah 5X ini satu senjata yang jitu dan tajam untuk mereka membelasah, menghentam dan seterusnya membunuh karier politik DSAI? AnakKechil yakin dan percaya, kali ini mereka akan menjalankan kes ini dengan penuh berhati-hati dan terperinci sekali agar segala lopang yang berlaku pada tahun 1998 dulu tidak dapat dipertikaikan lagi oleh rakyat.

AnakKechil rasa amat sedih dan terkilan dengan senario politik sekarang ini kerana demi politik mereka sanggup membelakangkan agama. Mereka menggunakan politik untuk kepentingan peribadi bukannya untuk memperjuangkan nasib rakyat dan negara. Mereka sanggup lakukan apa sahaja tanpa mengira ianya halal atau haram asalkan tindakan dan perbuatan mereka itu menguntungkan kerja politik masing-masing.

AnakKechil memohon seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian hidup di tanah bertuah ini agar sama-sama bermohon doa kepada Allah agar dibuktikan kebenaran ini. Rakyat sudah tidak tertanggung lagi dengan permainan politik yang menjijikan dan meloyakan ini. Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat kini dijamu pula cerita yang memualkan.

Khamis, Jun 26, 2008

Tersentuh Rasa Hati


Hati AnakKechil rasa tersentuh apabila membaca tulisan di bawah kerana Tuan Guru menolak kepentingan parti demi rakyat dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat yang berjuang untuk mendapatkan kembali royalti minyak bagi rakyat Terengganu. Akan tetapi sesuatu yang amat menyedihkan kerana tidak kedengaran ayat "terima kasih" dari kerajaan Terengganu (BN) berkaitan perkara ini. Mungkin AnakKechil terlepas pandang. Mudah-mudahan kesejahteraan dan kebajikan rakyat akan terus terbela bila pemimpin seperti Tuan Guru dan lain-lainnya tetap teguh kepada Islam. Islam amat sempurna dan memimpin ummah ke arah kecemerlangan. Tahniah !!! Rakyat Terengganu.

Royalti minyak: Setelah rakyat dizalimi, akhirnya hak dikembalikan

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun Jun 15, 08 8:45:09 pm MYT

Setelah sekian lama rakyat Terengganu dizalimi dan dinafikan hak untuk memperolehi hasil royalti minyak, maka akhirnya bayaran royalti ini dikembalikan ke pangkuan rakyat negeri Terengganu.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 5 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu.

Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu.

Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya.

Sejak itu PAS telah mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya termaktub dalam perjanjian ini dengan memulakan proses perundangan setelah kerajaan pusat pimpinan BN terus menerus menunjukkan sikap tidak peduli dengan permintaan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mendapatkan kembali royalti minyak.

Ternyata bukan sahaja kerajaan pusat tidak menghormati prinsip perjanjian yang telah ditandatangani, tetapi juga telah secara tidak beretika menukarkan status wang royalti dengan nama yang lain tanpa secara sah dan bertanggungjawab.

Apabila pimpinan kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan pada tahun 2004, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh tidak berusaha mendapatkan kembali wang royalti ini, sebaliknya menerima peruntukan Dana Khas yang berjumlah berbilion ringgit kononnya sebagai ganti wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar.

Hasilnya, pembelanjaan terhadap peruntukan Dana Khas ini tidak dilaksanakan dengan telus dan berintegriti sebagaimana yang telah dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Sepanjang tempoh ini, PAS sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat ini tanpa henti. PAS menaruh harapan yang tinggi agar khazanah negeri ini digunakan secara telus, adil dan penuh integriti untuk kepentingan seluruh warga negeri Terengganu tanpa mengira anutan agama, bangsa dan fahaman politik kepartian.

PAS juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS, badan-badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), orang perseorangan dan seluruh rakyat Malaysia yang telah melakukan pelbagai usaha sehingga akhirnya wang royalti minyak ini kembali ke pangkuan rakyat. Tahniah Rakyat Terengganu, Tahniah Untuk Semua.

Presiden PAS_

Selasa, Jun 17, 2008

Kerajaan BN Selalu Ingat Rakyat Bodoh


Sepanjang mengikuti perjalanan politik di tanahair sering kedengaran kenyataan-kenyataan dari pimpinan UMNO atau BN yang agak melucukan dan kekadang boleh dianggap terlalu bodoh. Maaf... kerana itu adalah ayat yang paling sesuai untuk digunakan kerana kenyataan yang dibuat seolah-olah mengambarkan bahawa orang yang berada di atas itu adalah pemimpin yang datang dari langit dan mereka ini adalah dari kalangan bijak pandai yang rakyat harus terima cakap mereka walaupun temberang sahaja manakala rakyat pula adalah golongan bawahan yang tidak ada akal fikiran yang boleh diperbodohkan begitu sahaja.

Mereka lupa atau mudah lupa bahawa kebanyakan rakyat pada hari ini adalah mereka yang berpelajaran dan mampu berfikir secara matang. Rakyat selalu merujuk kepada fakta dan bukan cakap-cakap kosong. Cuba kerajaan membuat bancian bahawa sekarang ini, setiap satu keluarga yang ada di Malaysia ini sekurang-kurangnya mempunyai seorang ahli keluarga yang berjaya melangkah ke pusat pendidikan tinggi. Tidak kiralah universiti awam, swasta atau pun kolej swasta. Saya yakin ini adalah fakta yang belum lagi dicungkil oleh mana-mana pihak.

Senario ini menunjukkan tahap pendidikan dan pemikiran rakyat semakin tinggi kerana apabila mereka berjaya melangkah ke menara gading konsep pembelajaran lebih terbuka dan memerlukan mereka berfikir berdasarkan fakta-fakta yang wujud dalam menyiapkan kertas projek. Secara tidak langsung ia mempengaruhi cara kehidupan rakyat agar berfikir dahulu sebelum menerima cakap-cakap kosong yang tidak mengikut fakta yang ada.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu. Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasaskan fakta kerana semua orang tahu harga minyak ditentukan oleh kerajaan pusat bukannya negeri. Kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk memungut cukai pendapatan.

Saya bersetuju dengan ahli parlimen Pokok Sena dan Ketua Penerangan Pusat, Mahfuz Omar bahawa "hujah PM hanya mahu mempengaruhi orang kampung seolah-olah PAS hanya pandai berjanji sedangkan jika diteliti janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara."

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menurunkan harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi kerajaan pusat dan telinga saya sendiri mendengarnya secara sedar ketika beliau berkempen pada PRU12 lagi dan nadanya tetap sama sehingga sekarang. Pakatan Rakyat pada peringkat negeri sebelum PRU12 tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak kerana itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat sebaliknya ia akan berlaku bila kuasa kerajaan pusat berada ditangan mereka.

Persoalannya apakah kerajaan BN masih lagi tidak sedar bahawa rakyat sudah cerdik dan pintar? Apakah mereka merasakan rakyat masih boleh diperbodoh-bodohkan seperti dahulu? Apakah mereka merasakan rakyat yang memberi undi kepada Pakatan Rakyat adalah golongan rakyat yang bodoh?

Khamis, Jun 12, 2008

Tiada Perubahan Pada Tahap Pendidikan


Semenjak jawatan Menteri Pendidikan dipegang oleh menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiada apa-apa perubahan pun yang dapat dirasakan oleh rakyat berkaitan tahap pendidikan anak-anak di sekolah.

Banyak kenyataan telah dikeluarkan, berdegar-degar bunyi tapi hasilnya pi mai... pi mai... tang tu jugak. Baru ini pada 10/06/08 Utusan Online melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan mempunyai mekanisme untuk kurangkan beban ibu bapa berikutan dengan kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada pengusaha bas sekolah dengan menaikkan kadar tambang.

Susah sikit rakyat nak percaya dengan cakap menteri ini. Selalunya hanya cakap sahaja. Hasilnya jauh dari nampak. Soal nak tukar bahasa pengantar untuk pelajaran Matematik dan Sains dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu pun masih banyak dalihnya. Susah sangatkah nak tukar dasar? Kalau dulu dengan serta merta boleh ubah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris tanpa perlu ada projek printis terlebih dahulu kenapa bila nak kembali semula ke bahasa Melayu, masih terhegeh-hegeh dan banyak soalnya?

Peliklah. Asal perkara untuk rakyat selalunya banyak sangat alasannya tapi kalau untuk golongan yang berkepentingan laju aje macam lipas kundung buat keputusan. Kekadang bingung juga bila difikirkan.

Rakyat tunggu aje mekanisma apa yang kerajaan nak buat. Cuma ada satu cadangan iaitu kerajaaan tubuhkan satu badan yang mengawal kesemua pengusaha bas sekolah di mana kerajaan yang akan membuat bayaran kepada mereka hasil dari pengurangan subsidi minyak. Rakyat tak perlu membayar satu sen pun kepada pengusaha bas sekolah kerana semuanya ditanggung oleh kerajaan. Langkah ini sedikit sebanyak akan mengurangkan bebanan ibu bapa kerana tidak perlu lagi memikirkan tambang bas sekolah anak-anak.

Apakah kerajaan mampu untuk melakukannya? Sama-sama kita lihat dan mungkin berbagai alasan yang akan diutarakan. Rakyat? Berserah kepada Allah.

Harga Minyak Tak Boleh Turun


Berdetik dihati saya untuk membahaskan hal di atas. Sebelum itu mari kita membaca petikan dari Utusan Online pada 12 Jun 2008 berkaitan dengan kenyataan dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

"Menurut Shahrir, wang hasil Petronas yang digunakan oleh kerajaan bukan hanya setakat memberi subsidi kepada rakyat tetapi ia turut dibelanjakan dalam sektor lain seperti pendidikan dan kebajikan.

Menurutnya, adalah tidak adil bagi kerajaan membelanjakan wang tersebut untuk subsidi semata-mata kerana masih terdapat golongan yang memerlukannya selain pengguna kenderaan.

Sementara itu, Shahrir menyelar kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa boleh menurunkan harga minyak.

Katanya, semasa menjadi Menteri Kewangan dulu Anwar sanggup menerima dasar Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) termasuk menghapuskan subsidi minyak.

''Bagaimana dia hendak menurunkan harga minyak sedangkan ketika menjadi Menteri Kewangan, dia sanggup menerima dasar IMF yang jika diterima harga minyak akan mengikut harga pasaran,'' katanya."


Rakyat ingin tahu berapa banyakkah wang Petronas yang telah dibelanjakan dalam sektor lain seperti pendidikan dan kebajikan? Adakah jumlahnya sebesar atau lebih besar dari penajaan perlumbaan Formula One?

Adakah masih terdapat golongan yang memerlukannya itu terdiri daripada kroni-kroni atau mereka yang rapat dengan pemerintah yang sentiasa mengambil kesempatan lebih-lebih lagi setelah membuat pelaboran dengan menaja kempen BN ketika PRU12?

Kenapa mesti menyelar atau melatah sebelum melihat sendiri samada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mampu melakukannya atau tidak. Saya yakin DSAI mampu melakukannya Insya-Allah... kerana beliau pernah menerima ujian yang perit dari Allah sebelum ini. Biasanya apabila manusia yang pernah diberi ujian oleh Allah dan kemudiannya merasa insaf atas kesilapan yang telah dilakukannya dulu maka sudah pasti ia akan sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari mengulanginya semula.

Pada pemerhatian kita negara-negara yang menerima pakai dasar IMF, ekonominya bergerak cergas sekarang ini. Rakyat keliru apakah dasar IMF terlalu buruk untuk diterima pakai oleh Malaysia? Adakah kenyataan "sanggup menerima dasar IMF yang jika diterima harga minyak akan mengikut harga pasaran" satu fakta yang kukuh?

Apa pun alasan kerajaaan tentang kenaikan harga minyak cuma satu sahaja yang rakyat ingin tahu iaitu ADAKAH HARGA MINYAK TIDAK BOLEH DITURUNKAN SAMA SEKALI???

Cadangan Awal Tuan Guru Nik Aziz


Nik Aziz cetus cadangan gaji dua kali sebulan empat tahun lalu

Lanjusoh
Thu Jun 12, 08 8:55:14 pm MYT

KOTA BHARU, 12 Jun (Hrkh) ? Cadangan kerajaan persekutuan bagi membayar gaji dua kali sebulan sebenarnya sudah lama dicetuskan Menteri Besar Kelantan.

Malah kerajaan negeri sudah membuat kajian mengenai cadangan tersebut dan ia didapati agak kurang sesuai kerana memerlukan kakitangan lebih ramai dan menyukarkan dari aspek pentadbiran.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, cadangan mengenai perkara itu empat tahun lepas dicetus kerana memikirkan cara meringankan bebanan kakitangan kerajaan.

"Bagaimanapun selepas dikemukakan kepada pegawai, mereka menjelaskan pelaksanaan agak sukar kerana ia memerlukan lebih ramai lagi kakitangan untuk melaksanakan tugas tersebut."

"Selain itu banyak lagi kesulitan lain yang bakal dihadapi. Jadi ekoran timbul masalah tersebut menyebabkan cadangan saya itu belum lagi dapat dilaksanakan di Kelantan" katanya pada persidangan media di kediamannya di Pulau Melaka, hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos depan.

Menurutnya langkah itu dibuat bagi membantu kakitangan awam mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kenaikan harga bahan api.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya ada pihak lain yang mampu melaksanakan gaji dua kali sebulan beliau turut menyokongnya.

Ditanya konsep Islam Hadhari yang ditolak kerajaan Selangor dan negeri-negeri Pakatan Rakyat katanya, Kelantan tidaklah sampai mahu mengharamnya.

"Biar pun saya tahu Islam Hadhari adalah karut namun saya lebih suka menjawabnya kembali dengan fakta-fakta dan nas-nas al Quran."

"Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan Iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak" ujarnya.

Beliau juga bimbang suasana dalam negara tidak akan menjadi aman lagi kerana kehidupan rakyat semakin terdesak sekarang ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Menurutnya, tidak boleh ditolak kemungkinan akan berleluasa gejala mencuri, merompak dan pelbagai lagi perlakuan jenayah kerana kehidupan rakyat semakin tertekan.

Oleh itu katanya adalah menjadi hak rakyat untuk berdemontrasi bagi membantah kenaikan harga minyak bagi menyatakan masalah mereka.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan elaun wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sejak lebih 18 tahun lalu kerana memikirkan kebajikan rakyat perlu diutamakan.

"Saya sendiri kalau hadir pada mesyuarat lembaga anak-anak syarikat milik kerajaan negeri meminta pegawai memotong 50 peratus elaun yang diperuntukkan kepada saya" ujarnya.

Kelmarin Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong elaun bulanan sebanyak 25 peratus untuk Tabung Serambi Mekah dan kebajikan parti serta rakyat. - mj _

Petikan dari HarakahDaily.net

Selasa, Jun 10, 2008

Mana Suara Orang UMNO?


Sejak kenaikan harga petrol, pemimpin dari Pakatan Rakyat begitu lantang untuk menyuarakan protes. Pelbagai hujah dikeluarkan demi untuk menunjukkan bahawa keputusan untuk menaikkan harga petrol sememangnya tidak patut dan zalim. Itu adalah tugas utama mereka untuk memantau setiap gerak geri kerajaan agar nasib rakyat akan sentiasa terbela.

Apa yang menghairankan adalah, sehingga ke hari ini tidak kedengaran suara dari Putera, Puteri, Pemuda mahupun Wanita UMNO untuk menyatakan bantahan mereka. Apakah mereka semuanya terdiri dari golongan yang kaya-raya? Apakah mereka tidak kisah berapa mahal pun harga petrol, mereka mampu membayarnya? Apakah mereka bersetuju kerana mereka juga akan mendapat sedikit habuan dari kenaikan itu? Dimanakah sifat ingin menolong bangsa yang selalu diwar-war oleh mereka? Apakah mereka bukan Melayu sedangkan ramai yang tertekan sekarang ini adalah orang Melayu?

MCA Selangor mencadangkan kerajaan agar memansuhkan cukai jalan dan tol. Kenapa mereka boleh bersuara demi kebajikan rakyat sedangkan UMNO hanya duduk diam membisu. Ketika PRU12 dulu apabila ada orang Melayu mengundi calon Cina, kita kutuk mereka kerana tiada semangat kebangsaan. Sekarang ini siapa sebenarnya yang tiada semangat kebangsaan?

Sebaliknya yang selalu kita dengar dan baca di dada akhbar kisah tentang untuk berebut jawatan. Si anu nak bertanding presiden. Si anu nak merebut jawatan ketua pemuda dan macam-macam lagi tapi berkisar kepada perebutan jawatan. Berdegar-degar mereka bertelingkah pasal jawatan tapi pasal nasib bangsa terus senyap membisu macam tak apa yang berlaku. Apakah orang UMNO hanya gila pada jawatan?

Sedih bila melihat senario ini. Persoalannya, apakah UMNO masih relevan untuk orang Melayu?

Isnin, Jun 09, 2008

Pembaziran Wang Rakyat


Sememangnya telah direzekikan oleh Allah, kebanyakkan negara-negara Islam mempunyai hasil minyak yang cukup lumayan termasuklah negara kita Malaysia. Akan tetapi umat Islam terlalu leka dengan kurniaan Allah itu sehingga mereka melakukan pembaziran yang nyata.

Lihatlah apa yang berlaku di negara kita sendiri. Keuntungan daripada hasil minyak telah dibazirkan kepada projek mewah yang telah ditiriskan dengan amalan penyelewangan dan rasuah yang berleluasa.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata "Kerajaan boleh berbelanja sehingga RM10 juta ketika melaksanakan majlis pelancaran projek Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Utara (NCER) tetapi pada masa yang sama tiada peruntukan untuk mengekang kenaikan harga minyak."

Rakyat bukan sahaja dibebani dengan kenaikan harga minyak malah terpaksa menanggung beban tol-tol di seluruh negara.

Persoalannya adakah Kerajaan BN begitu prihatin terhadap masalah rakyat? Seandainya mereka peka dan proaktif, mereka akan mengurangkan perbelanjaan keraian, elaun-elaun ahli-ahli parlimen serta kos pentadbiran.

Begitu juga dengan elaun-elaun para menteri seperti elaun keraian perayaan, ubahsuai pejabat dan lain-lainnya serta mewajibkan para menteri mengguna kenderaan sendiri dari rumah ke pejabat kementerian.

Segala perbelanjaan termasuk mengisi minyak kereta, membayar tol ke tempat kerja (pejabat kementerian) harus ditanggung sendiri, sama seperti yang dilalui oleh rakyat selama ini.

Kalau ingin bicara soal pengorbanan, para pemimpin lah orang yang pertama perlu melakukan pengorbanan terlebih dahulu. Sekiranya tidak mampu melakukannya, usah bicara soal pengorbanan kepada rakyat dan sebenarnya mereka bukanlah pemimpin yang sejati.

Mampukah mereka melakukannya? Rakyat menantikan perubahan ini.

Ahad, Jun 08, 2008

Tunggu dan Lihat


Kerajaan mengumumkan akan melakukan "4 langkah atasi beban" bagi membantu rakyat harungi tempoh sukar. Butiran mengenai empat langkah segera akan diumumkan awal minggu depan untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan tarif elektrik, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, empat langkah itu membabitkan tindakan penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan, memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat berpendapatan rendah dan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal serta orang kurang upaya, menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah dan meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.

Entahlah... biasanya ia hanya cakap untuk sedapkan telinga rakyat sahaja tetapi perlaksanaan tidak menyeluruh. Dulu pun masa harga minyak naik, kerajaan kata nak menambahbaikkan infrastruktur dan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas. Tapi tak nampak pun tang mana yang bertambah baik. Pi mai.. pi mai... tang tu jugak. Sekarang ni pun masih janji pada perkara yang sama jugak, nak meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.

AnakKechil dah mual dan bosan dengan kerajaan BN ni. Hanya mampu berdoa agar dipercepatkan Pakatan Rakyat pula mentadbir Malaysia. Aminn...

Sabtu, Jun 07, 2008

Peritnya Hidup Ini...


Kehidupan kita di dunia ini semakin hari semakin bertambah perit. Bukan bertujuan untuk mengeluh tetapi amat payah untuk AnakKechil memikirkan bagaimana pemimpin yang ada sekarang mentadbir negara. Apakah mereka betul-betul merasai bebanan yang rakyat tanggung dan pikul selama ini?

Sejak berita kenaikan harga minyak diumumkan, banyak pihak telah mengeluarkan pandangan dan pendapat masing-masing dan boleh dikatakan kebanyakkannya mengeluh kekesalan dengan tindakan yang tidak bijak dan tidak prihatin oleh kerajaan BN.

AnakKechil dapat merasakan kebimbangan rakyat yang terpaksa menanggung beban dan mungkin ada yang sedang mencongak apakah yang akan berlaku esok dan lusa. Barangan apakah lagi yang akan naik harga.

"Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5 peratus pada bulan Jun ini.

"Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para penganalisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6 peratus," ujarnya.

Persoalannya sampai bilakah rakyat harus menanggung semua ini? Rakyat harus bersuara. Rakyat harus proaktif untuk menyatakan hak rakyat.